Review Kit Pembersih Lensa Kamera Professional Tycka bersama kotak kalis air. Skema betul ayat aku. Tapi tu direct translate dari google. Ok kali ni first post aku berkenaan barangan yang aku beli online. Untuk post ni, nak mengulas tentang pembersih lensa kamera berjenama Tycka.

Beli Dari Mana?

Dari Lazada lah mana lagi. Ni link full untuk produk ni. SINI. Harga RM47.86 tak termasuk RM4 delivery. Total damage dalam RM51.86. Kenapa aku pilih produk ni? Sebab murah dan ada positive review. oh benda ni dari China.

Apa kebenda barang ni?

Ni pembersih lensa camera. Aku ada sebijik camera. Sepanjang menangkap gambar secara amatur ni, aku main lap guna baju ja kaca lens depan tu. Kalau main tonyoh ja kain kasar, lama lama melingkup la lens camera tu. So aku decided to buy a proper kit just to clean my beloved camera. Long run boleh la buat cuci bahagian dalaman yang lain.

Meh tunjuk sikit gambar yang sebenar

Oh boleh takdak masalah. Ni antara barang yang terdapat dalam kit ni.

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Ni hardcase dia. Memang keras la.

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Saiz kit ni. Dalam sebesar tapak tangan aku

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Barang barang dalam kit ni

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Ini semua serba satu

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Ni ketebalan kit ni

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Barang barang halus

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Ni untuk bersihkan sensor APS-C

Permbersih Lensa Kamera Tycka

Kain bersih microfiber

Permbersih Lensa Kamera Tycka

tisu microfiber

Permbersih Lensa Kamera Tycka

muat semuanya dalam ni

 

Apa isi kandungan kotak tu?

1. 1 Kotak keras cover

2. 1 spray cecair pembersih

3. 1 brush pen

4. 1 brush twist macam lipstik

5. 1 air blower kecik

6. 2 kain pembersih microfiber

7. 1 tisu lensa. Dalam tu ada dalam 4 or 5 helai tisu.

See also
Sejarah Pasaraya Longwan

8. 1 pack q tips.

9. 6 pembersih sensor APS-C. (bukan untuk full frame sensor)

Pendapat aku tentang barangan ni.

Berbaloi untuk dimiliki. Berpadan dengan harga. Cuma barang sampai lewat sikit sebab di pos dari China. Dalam seminggu lebih jugak baru sampai. Sesuai untuk mereka yang memiliki camera crop sensor lah. Kalau full frame pun boleh guna cuma kalau nak bersihkan sensor tu, kit ni cuma ada permbersih untuk APS-C sensor.

Aku dah try cuci cermin focus belah dalam camera, senang la. Untuk area belah dalam tu boleh guna air pump tu dengan brush.

Untuk sensor belum cuba lagi sebab buat masa sekarang, aku tak berani nak bersihkan sensor. Why fix something thats is not broken kan? Jadi melainkan sensor aku dah berhabuk or ada kesan debu, baru lah aku nak try bersihkan sensor kamera kesayangan aku. Buat masa sekarang aku tak berani.

Berapa bintang?

5 bintang aku bagi. Sangat sangat direkomenkan untuk mereka yang memiliki kamera digital, dslr, mirrorless. At least kurang la risiko cermin cermin lens yang mahal tu untuk bercalar. Satu lagi boleh bersihkan laptop ataupun gadget yang kecil dan bukan untuk kamera sahaja.

 

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat