Macam mana nak cancel insuran RHB? Banyak aku ternampak soalan ni dekat facebook page RHB dan sebab aku dalam minggu lepas pun terpikir benda yang sama. Tiap tiap bulan dok auto credit RM188.00 dari akaun. Letih oi. So memandangkan aku dah ada komitmen dengan insuran lain, jadi terpikir la la nak cancel kan insuran RHB ni. So di sini aku tunjukkan langkah langkah untuk cancel / membatalkan insuran RHB.
-
Langkah pertama adalah menelefon RHB di talian 1300-22-0007. Call representative RHB tu dan buat pengesahan identiti. Akan tanya benda basic seperti nama penuh, ic number and so on. Buat pengesahan dan cakap nak batalkan polisi insuran anda.
-
RHB akan hantar 2 borang ke email anda. Satu borang pembatalan polisi dan satu lagi borang E-payment form (untuk tujuan pemulangan semula, jika ada). Disini aku attachkan 2 file tu di hujung post ni.
-
Isi kedua kedua borang ni. Benda lain yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan (jangan lupa untuk cross salinan kad pengenalan anda) dan juga screenshot akaun RHB ada. Ni untuk perakuan anda pemilik akaun RHB yang sah untuk tujuan pemulangan wang( jika ada)
-
Send email anda ke [email protected]. Senarai dokumen yang perlu anda attach ada 4. Aku ulangi 4 dokumen. First borang pembatalan polisi, kedua borang e payment, ketiga salinan kad pengenalan dan keempat adalah screenshot muka depan akaun RHB anda. Dah cukup 4 dokumen tu tekan lah button send email.
-
Ok dah siap. Anda kemudian akan menerima email penerimaan dari pihak RHB insuran seperti ini. Ok dah selesai
Dear Hanafi,
Thank you for your email.
We acknowledge received your cancellation letter and has submitted to the respective department for cancellation process.
Please be informed that cancellation request will be processed within 14 working days from today’s date. Whilst the premium refund (if any) will be processed within 14-21 working days from today’s date.
Should you have any inquiry, you may contact our Customer Service Hotline at 1300 22 0007 or email us at [email protected].
Jadi begitulah cara nak cancel insuran dari RHB. Kalau membantu, tolonglah share post ni untuk rujukan pembaca yang masih tercari cari solusi untuk membatalkan insuran RHB mereka. Ni di bawah aku attach 2 form tersebut.
Yg policy no. (Nama pelan insurance) Tu dapat kt mna ye
boleh call rhb insurance dan minta no policy, dia akan minta credential mcm nama penuh dan ic
Yg policy no. (Nama pelan insuran) Tu dapat kt mna ye
untuk screenshot akaun rhb melalui on9 banking kena screenshot bhgian mna ?
bahagian utama atas tu yang ada nama alamat dgn no account tu.
Bahagian utama tu yg mana ya? Kalau guna app rhb tu nak screenshot yang mana ya?
screen shot bank statement bahagian atas tu. yg nampak nama alamat no account
person in-charge , swift code , iban code , designation ke yg tkperlu isi ?
person in charge tu owner sendiri, swift tu je isi boleh google swift code bank pemilik, designation letak je N/A
Klau kite isi borang manual snap gmbar and hntr ke emel. Mereka accept x
tak pasti tapi boleh cuba,
mmg kalau dh cancel dia still bagi sms deduct duit ke ??
kalau dh cancel,patutnya dah tak dak deduction. kena hubungi bank lagi utk confirm
Kalau kita dh hntar 2 borang tu tp terlupa attach sekali dengan salinan kad pengenalan dan buku simpanan, dpt sent lagi ke kat email dorang ?
send je balik
Salam, sya nak tau yang e-payment form tu wajib kena isi sekali? Ke hantar borang pembatalan je ke emel?
e-payment tu incase ada duit baki dia akan return ke kita. Better hantar je dua dua
Salam.. Macam mana nak tahu insurans tu sudah dibatalkan ke belum??
kalau dah takdak deduction from acc, then dah batal
Nak tanya dapat balik tak duit?
Nak tanya dapat balik tak duit?
Untuk borang pembatalan tu, nk tick yg mana nama pelan insurans?
boleh call/hubungi rhb insurance, bg detail pengenalan diri lepas tu tanya dia no policy sekali
Macam mana nk tahu no policy ye ?
info pemilik akaun
Untuk e payment form tu.. benefiaciary details tu nk isi ape ye ?isi detail kita sendiri ka?
dalam kes aku, haram tak dapat apa. Ada kot klausa klausa dia yang membolehkan pemulangan baki. (if ada)
1. aku takde pengalaman plak pegi direct ke bank utk batalkan policy so aku takleh nak ulas bab tu.
2. kena check dengan rhb insurance
tumpang tanya, minta penjelasan, Boleh trus prgi direct bank ke untk batalkan plan ?? sbb call x dpat2…kalau nk prgi bank kena prgi bank yang RHB insuran atau Bank yng kita buka akaun ??
dia bagi balik tak wang insurans yg kita bagi lepas pembatalan?
ada tu bawah post dekat hujung sekali
Aku tak nampak bende yang nak kene download tu
Dalam post di atas aku dah attach 2 form. Download form tu dan isi. Send email ke RHB dengan 4 dokumen ni, 2 form tu + salinan IC + screenshot account bank. Itu sahaja. Ada masalh boleh pm aku di page FB https://fb.me/xhanafix
Boleh pm saya tak untuk penerangan, sebab RHB hantar macam ni je kat saya , saya malas nak pegi Bank
Kindly submit the complete cancellation form together with below documents for cancellation purposes.
1. Cancellation letter
2. E-payment form (For refund crediting if any refund entitlement)
3. Copy of insured’s IC
4. Copy of insured’s passbook or statement saving account (For account number verification)
Should you have any inquiry, please refer to us for assistance.
life saver! thank u
Nak tanya, kalau buat pembatalan terus di bank, macam mana nak tahu yg proses pembatalan tu telah selesai dibuat oleh pihak bank?
ha ah boleh je xda masalah
Kalau ambik gambar ic depan blkng je blh? Lpastu attch kt email..
Salinan ic dengan penyata akaun bank tu mcm mana nak hantar ya?? Melalui online
send ke email [email protected]
ikut step no 4 antara document yang perlu diattach
Tuan punya ambil masa berapa lama yea untuk dapat pulang wang ??
saya punya tak dapat pun. Kalau ikut prosedure, dalam 14 hari bekerja untuk proses pemulangan (jika ada)
no problem
OK??thank you so much
kalau u ada stamp company, just stamp dekat sebelah tu
tak payah , just signature u
then person in-charge name pn kne isi ea?
tu tandantangan pemilik akaun. Designation tu “jawatan” kalau akaun tu milik bersama jadi ada director, etc. Kalau akaun u saja, just sign initial
Yg epayment form part iii, Authorised Signatory (ies), terus tanda tangan sendiri jew kn? ape maksud “Designation” ??
Ohh bank yg buka akaun rhb la kn, Baik baik. Kalau alasan nk batal sbb masalah peribadi boleh x? Lps tu rasanya dpt balik x duit yg rhb insurances ambik?
betul branch yang cik buka akaun RHB tu. Boleh je guna alasan tu. Untuk pemulangan semula tu saya tak pasti sebab setiap polisi insurance dari RHB ni tak sama
Yg epayment form part ii, beneficiary banking detail, address bank yg mana satu KL atau yg berdekatan kita?
Branch bank RHB dimana Ardrina buka akaun tu. Macam saya, saya bukak di RHB Sri Damansara, jadi saya letak alamat RHB sri damansara.
Macam kita nk batalkan insurans tu kita pi bank rht terus blh ka? Sbb hari tu saya dah koll bgtahu nk cancel insurans tu bank rhb kata okay. Tak ada tolak kn apa apa tp bila saya cek akaun bank pihak rhb dah ambil duit. Kita dh koll tapi takda sebarang respon dri pihk rhb apa perlu kita lakukn ya?
Boleh ja nak p RHB terus. Macam saya tunjuk ni,saya jenis malas nak p bank. Dah ada call 1300 22 0007 Kalau tak dak respon, kena p bank.
Apa yg dimaksud kan dengan cross salinan kad pengenalan tu ya
salinan kad pengenalan tu berpalang. Untuk tujuan urusan dgn RHB so salinan kad pengenalan anda tidak disalahgunakan untuk tujuan pihak lain. Cross dekat area gambar tu tulis “untuk urusan RHB sahaja”
Untuk e payment form tu.. SWIFT CODE dgn IBAN CODE tu nk isi ape ye ?
tinggalkan kosong sahaja.
Untuk cancellation form tu,nama dan alamat tu nak tulis apa ye??
Nama tu isi nama pemegang polisi insurans tu. Ikut je nama dalam IC. alamat pun sama, ikut alamat IC.