Cara ether tanpa habiskan kuota data? Apa itu tether? Tether adalah menyambungkan peranti pintar anda ke laptop atau komputer melalui kabel usb. Penyambungan boleh datang dalam media yang berbeza samada melalui wifi, bluetooth atau USB. Kebiasaannya fungsi tether adalah untuk berkongsi internet dari telefon pintar ke laptop dan jika anda berkongsi internet menggunakan wifi dari telefon pintar ke laptop/peranti pintar lain maka ia dipanggil hotspot mudah alih.
Ok cukup untuk pendahuluan. Kenapa aku bercerita tentang tether kali ini? Aku rasa ramai orang yang dalam situasi seperti aku. Mempunyai pelan internet tanpa had di peranti pintar tetapi mempunyai kekangan had kuota untuk hotspot. Jadi macamana untuk tether tanpa menghabiskan data kuota anda?
So disini aku tunjukkan caranya. Khas untuk android sahaja ok.
- Benda yang perlu diinstall di telefon
Pdanet+ dapatkan dari playstore. Ini trial version, untuk full version boleh beli di playstore.
- Benda yang perlu di install di laptop/komputer
Pdanet+ for windows
Install kedua dua benda ni.
- Open pdanet+ di telefon dan tick kan USB tether. Enalbe usb debugging di setting development.
- Sambungkan telefon pintar anda ke laptop melalui kabel USB
- Open pdanet+ di laptop dan jika semuanya betul akan ada notification yang peranti anda telah bersambung.
- Sekarang anda berinternet di laptop dengan menggunakan data dari telefon pintar. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai pelan internet tanpa had kuota.
Aku dah cuba cara ni masa di kampung baru baru ni. Oh aku menggunakan telco Unifi( dahulu dikenali sebagai webe ). Setakat ni kuota hotspot aku tak terusik sebab aku tether data dengan guna cara Pdanet+ ni.
Ni sample dari Umobile
Ada yang berjaya? Please share your results
assalamualaikum.. nak tanya memang kalau guna pdanet ni, ada limit masa ke.. sebab setakat ni kuota tak terusik pun.. cuma cam ada limit masa lakk, ke saya je macam ni
kalau guna pdanet yg trial memang ada limit. Guna yang full version tapi kena keluar duit lah beli app ni.
Assalamualaikum, saya guna umobile 99. Baru 10 hari dh tinggal 11gb dari 60gb. Ada solution lain tak… Data hotspot.
*typo*
assalamualaikum tuan… x berjaya connect
laptop ke hp melalui usb…hp hanya boleh cas shj usb komputer x kenal… mcm mana yer
assalamualaikum tuan… x berjaya connect
laptop x kenap hp melalui usb… hanya boleh cas shj… mcm mana yer
masih lagi data hotspot kena telan walopon pdanet dah connected.
Alhamdulilah berjaya ..terima kasih kepada anda ,semoga murah rezeki
kindly check your email for the m3u, thanks again for your comment
Tuan saya guna Umobile gx50 dan Pdanet. Saya dengar benda ni illegal dan boleh kena tangkap, betul ke tu?
saya search di google dengan keyword “pdanet kena tangkap” dan tak ada result yang keluar. So i need source dari mana datangnya soalan ni. And siapa yang illegalkan benda ni? is it umobile? is it google playstore? So saya anggap benda ni just rumours
macam biasa, kalau berjaya mintak la like page aku ye lala
hahahaahahaha marilah kita bergaming dengan hati yang girang. tapi lepas pukul 5 la hahaha sekarang tak boleh tak berkat rasanya. walaupun Work from Home tapi rasa diperhatikan hehehe
ok see guys, lala confirm working on her gx38
thank you sudi share. sedang guna dengan aman muka banyak senyum. aku gunakan plan data umobile prepaid GX38. unlimited data.
sy dh berjaya buat dn boleh connect tp malangnya data limit 5gb utk hotspot aku masih ditelan :'(
pelan apa, postpaid ke prepaid? nanti aku refer balik abg aku sebab dia guna umobile dan still boleh guna cara ni
Saya dah buat dan berjaya connect from telefon ke pc. Tapi kenapa still tolak data hostpot saya ye? Telco umobile. Huhuhu. Atau mmg dia akan tolak tapi bila dah habis still boleh guna?
abag aku guna umobile postpaid dan sampai sekarang quota data hotspot dia tak pernah habis. jadi mesti ada something wrong somewhere
assalamualaikum,betul ker kalau pakai pdanet, no telefon yang kita guna turh kemunkinan akan kena ban.
wslm Adahan. tak akan diban. Telco tak ada kuasa untuk ban disebabkan penggunaan 3rd party apps.
wslm. Boleh refer sini utk enable developer untuk telefon tu https://www.hardreset.info/devices/xiaomi/xiaomi-redmi-5-plus/developer-options/
Assalumu’alaikum.. macaman cara mau setting enable pada developer option tu ya? Saya menggunakan telefon Xiaomi 5plus.. puas dh cari pada setting to x jumpa juga developer option tu.. terima kasih
malang sekali cara ni terpakai untuk peranti android shaja,
kalau untuk iphone ? sbb cari mende kena install tu takde pun kat playstorw
oh maksudnya guna data tapi taknak quota data habis? Setakat ini, setahu aku belum jumpa lagi trick or tweak untuk unlimited kuota melainkan kena subscribe dengan telco.
Boleh cuba sim2 magic or sim unlimited selalu aku nampak di FB tapi aku tak tau benda tu betul or scam. Kalau berani, boleh cuba.
Sorilah lambat reply sikit.
Mcmana pula kalau tak nak share tp tak nak quota habis?
Celcom bg 10gb stiap bulan…quota tu klu habis jd slow dan kena subscribe data plan…mcmana nk bg quota tu tak habis tanpa perlu sharing…hanya utk hp sndri tq