CARA BLOK IKLAN ANNOYING DI TELEFON BIMBIT

Salah satu perkara annoying bilamana anda surf internet menggunakan mobile devices adalah kebanjiran iklan iklan yang tak ketahuan sering muncul samada melalui popup di tab baru untuk memainkan video ubat pembesaran zakar/tetek ataupun jackpot roulette. Macam jahanam benda lain yang nak dicari dan dibaca tapi keluar tab tab menyemakkan pengalaman surfing anda dan juga menghabiskan data. So kali ini aku tunjukkan beberapa cara untuk block iklan iklan yang tak berfaedah tu untuk mobile device yang menjalankan operasi android. Minta maaf iphone, sebab aku tak guna iphone.

Sebelum tu, mari kita kenali jenis jenis iklan untuk mobile devices ni

Iklan menyemak

JENIS JENIS IKLAN DI TELEFON MUDAH ALIH

  1. Click-to-download ads – Yang ni akan ada button yang minta anda tekan dan akan di direct untuk mendownload sesuatu aplikasi/permainan melalui playstore ataupun appstore and 3rd party site.
  2. Click-to-call ads – click dan automatic anda akan menelefon nombor yang tidak ketahuan dari mana usulnya, Masa bila tekan butang call pun hampa tak kan perasan,
  3. Image text and banner adsĀ – Click akan muncul tab baru dan akan redirect ke halaman iklan yang entah apa apa. Ni yang macam haram, klik satu lepas tu bercambah tab browser hang.
  4. Push notificationĀ – iklan ni akan keluar di notification area. tau dak notification area? yang hampa swipe dari atas ke bawah tu.

KENAPA SESETENGAH ORANG DAPAT IKLAN YANG BERLAINAN?

Sebenarnya iklan iklan yang akan dihidang kepada kita adalah berdasarkan aktiviti pelayaran kita di laman web. Data data ini disimpan as a cookie dan para pengiklan akan menggunakan data data dari cookie ini untuk menyasarkan iklan mereka kepada golongan sasaran. Let say anda suka shopping online dan search term anda kebanyakkanya tentang barang barang elektronik murah maka iklan iklan yang selalu anda nampak mungkin tentang gadget terkini dan berita teknologi ataupun suruh download app Lazada / Shopee

See also
Buat Rumah Atas Tanah Sendiri: Panduan Lengkap dan Tips Berguna

APA FUNGSI IKLAN IKLAN NI?

Supaya anda boleh la buat duit. Bila orang klik iklan ataupun nampak iklan, empunya halaman tu dapat duit bilamana ada orang klik ataupun view sesuatu link tu. Lagi ramai view/klik, lagi banyak la boleh menjana pendapatan. Hanya blog aku sahaja yang mesra rakyat, takdak iklan hahahaha pasrah tak ramai view

ANNOYING TAK?

Sangat la gila. Kejadah keluar notification gambar zakar keras dalam spender putih kat notification telefon hang. Kena pulak hang letak phone hang atas meja time meeting. Kisah benar.

MACAMANA NAK BLOK IKLAN IKLAN NI?

Dahulu anda boleh install app app adblocker di google playstore. Lepas tu entah kenapa google buat polisi baru, dia remove app app adblock ni.

So kita sampai ke main point post ni. Macamana nak blok iklan iklan ini. Ada 2 jenis manusia pengguna android ni. Satu yang root. Satu lagi yang tak root

UNTUK ROOT USER

Selalunya benda pertama yang aku akan buat adalah dapatkan aplikasi AdAway. Applikasi ni senang,run dan dia akan apply adblocking berdasarkan database sources mereka dan akan update host di dalam sistem operasi android. Reboot and done. Easy peasy.

Adway in Action

UNTUK YANG BELUM ROOT

Jangan risau kerana harini aku terjumpa satu aplikasi untuk blok iklan namanya Blokada. Dah di cuba dan memang menjadi. Boleh download disini, kalau rasa berbaloi bagi anda, bagi la sumbangan sikit dekat developer app tu.

Blockada in Action

Jadi setakat itu lah perkongsian ilmu untuk post kali ini. Kalau ada app app adblocker yang lain yang best, boleh la tinggalkan di bahagian komen

Nak try laman web yang banyak iklan boleh ke www.businessinsider.my dan test adblock anda.

So terima kasih sampai jumpa lagi for the next post.

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat