Macamana cara nak post di instagram dari PC? Mungkin ada sesetengah dari anda yang seperti aku, lebih banyak masa dihabiskan di hadapan skrin komputer daripada skrin telefon.  Tambahan pula kebanyakan gambar aku edit di komputer dahulu dan nak upload secara langsung terus ke instagram. Leceh pulak nak kena transfer ke telefon kemudian post ke instagram kan?

Tetapi masalahnya, kalau anda guna native browser seperti chrome, anda cuma boleh view feed di instagram dan tiada pilihan untuk mengupload gambar. Takdak button add kan? Jadi macamana nak upload? Haa sini aku tunjukkan caranya

Barang yang anda perlukan.

  1. Chrome browser
  2. Otak yang berfungsi

Ok ayuh kita bermula( baca dengan nada waze)

  1. Pergi ke instagram.com dan login ke profile anda.
  2. Di halaman utama tekan button F12 atau ke penjuru kanan atas, 3 titik klik situ. More tool > Developer Tools
  3. Akan keluar satu kotak pelik pelik di sebelah kanan. Abaikan code code bawah tu. Pergi ke bahagian atas, anda akan nampak Elements. Sebelah kiri Elements ada macam simbol kotak kotak kan, klik tu.
  4. Anda terkeluar button add photos secara sihirnya. Kalau tak keluar, cuba refresh (f5), nanti akan terkeluar button add photos (lambang + bawah tu).
  5. Profit. Uploadlah gambar yang anda nak post di instagram sama seperti di telefon.

Kekurangan yang perlu di ambilkira menggunakan cara ni

  1. Tak boleh upload multiple photos. Terhada untuk satu gambar sahaja.
  2. Tak boleh upload videos. Samada di feed ataupun stories.

Ada satu lagi cara untuk upload instagram dari komputer dan cara tu boleh upload multiple photos, videos. Tapi aku akan tunjukkan cara tersebut on my next post.

See also
Cara upload multi gambar dan video ke Instagram dari PC

Sekian saja untuk hari ni. Kalau berguna sharelah kepada kawan kawan yang memerlukan. Sampai jumpa lagi, terima kasih.

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat