Hi salam semua. Its been a while. Post sebelum ni pun aku kira dah berbulan tak update. And terima kasih untuk komen komen yang aku diterima di post insurance RHB. Post paling ramai komen setakat ni di blog berhabuk ni. Ada yang aku tak sempat tengok dan reply so minta maaf banyak banyak. Kesibukan dengan urusan peribadi dan stress kerja membuatkan aku tak sempat monitor and maintain blog ni.
Beberapa perkara yang penting dalam moment aku terjadi beberapa bulan kebelakangan ni. Paling terkesan adalah pemergian Abah tercinta tanggal 3 Ramadan 2019 yang lepas. We will miss you Abah. Sebelum ni aku cuma tumpang simpati bila orang bercerita tentang kehilangan ayah tercinta depa, tapi kali ni aku sendiri rasa perasaan kehilangan abah sendiri. Rindu beb lagi lagi masa hari raya tahun ni. Terima kasih dan semoga abah tenang di sana. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan abah. Moment moment dengan Abah aku kenang sepanjang hayat. Al fatihah Abah. Terima kasih Hj Hassan Bin Taib selama ni menjaga mendidik kami dengan baik. Terima kasih.