Disini aku tunjukkan Cara mudah akses laman web yang dihalang di Malaysia menggunakan peranti Android (root). Sebelum ini ada aku post cara untuk akses laman web disekat untuk android dan ios di sini tapi memandangkan opera dah pun menghentikan perkhidmatan vpn nya pada hujung april 2018 lalu, jadi dah takleh nak guna. Jangan khuatir, kat sini aku post cara lain untuk akses laman web yang dihalang menggunakan peranti android(root).
Alatan alatan yang diperlukan
- Telefon android anda yang telah pun diroot. Macamana nak root? Boleh lah rajinkan diri search di google dengan menggunakan terma ‘how to root xxxx' xxxx tu adalah model telefon andalah. Boleh jugak search di xda forum cara root telefon android kesayangan anda.
- Magisk app. App ni dah tiada di Playstore tapi cara untuk install ada di terangkan di Xda forum. Rajin rajinlah membaca. Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan bangang.
Step step untuk membolehkan anda mengakses laman web yang dihalang diterangkan seperti dibawah.
- Buka app magisk
- Dibahagian kiri atas, pilih download.
- Dibahagian kanan atas taip cloudflare. Akan muncul module cloudflareDNS4Magisk. Klik macam anak panah lepastu pilih install.
- Biarkan saja magisk menjalankan kerja dia, lepas all done klik pada reboot.
- Dah reboot android anda, dah boleh try surf laman laman yang disekat.
Satu tempat ja yang aku tak boleh nak akses guna cara ni. Dekat tanah besar China. Dah guna dns cloudflare pun masih kena block dengan Great Wall of China, hampess tapi still ada cara lain. Lenkali aku post pulak cara nak akses google facebook etc di tanah besar China.