Macamana nak buat qr code untuk MySejahtera? Hi salam para pembaca budiman, salam PKPP. Baru baru ini adik aku melangsungkan perkahwinan dan perkahwinan di musim pandemik covid agak berlainan dari perkahwinan sebelum ini. Ada beberapa SOP(standard operating procedure) yang perlu dipatuhi. Diantaranya memeriksa suhu dan mencatat nama pengunjung yang hadir di premis/majlis tersebut. Applikasi MySejahtera memudahkan para pengunjung untuk mendaftar ke premis/majlis semudah mengimbas kode qrcode.

Dibawah inisiatif kerajaan Malaysia dalam menangani penyebaran COVID-19, mereka telah memperkenal applikasi MySejahtera. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Jadi persoalan nya disini, macamana kita(penganjur majlis atau pemilik premis) nak sediakan qrcode untuk pengunjung yang comply dengan aplikasi MySejahtera? Dibawah aku tunjukkan langkah langkah nya

  1. First, pergi ke laman web ni https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  2. Pergi ke menu Perkhidamatan > MySejahtera Check In
  3. Klik pada daftar MySejahtera check in
  4. Daftar detail anda samada melalui email atau no telefon. Kod OTP akan dihantar melalui email atau no telefon bergantung kepada cara pendaftaran.
  5. Setelah berjaya login, masukkan detail premis/majlis, alamat perniagaan/majlis dengan lengkap. Code QR kemudian anda akan digenerate dan anda mempunyai pilihan samada untuk cetak, email atau download.
  6. Tampal QRCode tersebut di premis/majlis anda. Qrcode anda sudah tersedia untuk di imbas oleh pengunjung yang menggunakan applikasi MySejahtera. Profit

Diharap artikel ini membantu anda dalam menghasilkan qrcode yang compliance dengan applikasi MySejahtera. Kekal selamat dan amalkan penjarakan sosial diantara kita. Sampai jumpa lagi, terima kasih dan wassalam.

See also
Watch Malaysia TV Channel on Kodi Updated Lagi

 

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat