Berhenti merokok. Harini 1st November 2020 dan telah genap sebulan aku tak merokok dan berpindah ke rokok elektronik. Kalau dikenang balik, aku start merokok secara rasminya ketika aku ambil SPM, masa tu umur aku 17 tahun. Hampir 22 tahun aku jadi perokok. Hajat di hati nak berenti memang dah lama tapi selalu gagal di pertengahan jalan. Paling lama aku tak merokok pun, mungkin 13 jam itupun ketika bulan puasa. Kalau sehari tak merokok tu memang susah bagi aku.

So kenapa sekarang aku berhenti merokok? Kenapa tak dari dulu?

Sebenarnya, dari dulu memang aku nak berhenti merokok tapi sumber atau sebab musabab untuk aku berhenti terlalu kecil. Dia macam the reason for me to quits smoking tak begitu besar. Sehinggalah tahun ini aku ada beberapa perkara yang sangat significant bagi aku dalam membulatkan tekad aku untuk berhenti.

Aku bukan berhenti mengejut merokok. Aku masih perlukan rokok elektronik untuk ketagihan nikotin. Depa kata kalau nak berhenti, then i should change to e cigarettes and memang boleh. Sebelum ni memang aku ada try vape in the early days, tapi bersulam dengan rokok so benda tu jadi meaningless. Bertambah lagi belanja aku sebab vape plus rokok conventional. Double expenses. So yeah, aku gagal dan bagi aku vape tak berjaya membuatkan aku berhenti.

Then aku dapat rezeki anak. New born. Suci bersih. Aku fikir, this child tak sepatutnya terdedah dengan asap rokok. Smell of burning tobacco. Dan anak ni tidak akan suka mencium baru ashtray yang keluar dari mulut aku. So setiap kali aku nak merokok, aku terpaksa keluar dari rumah ke zon yang selamat untuk merokok. Sangat menyusahkan. Aku tak suka macam ni. Either aku yang berkorban, atau anak ni yang terkorban. Pretty obvious, aku yang berkorban. Aku takmau anak ni dah terbiasa dengan rokok masa dia membesar and i decided, ok aku quit for good.

Then aku do some research dan pembacaan tentang berhenti merokok. Aku suka timeline kesan berhenti merokok. Hari pertama jadi apa, hari 3 jadi apa, seminggu berhenti jadi apa and so on. I list the benefit over here dan siapa yang tak suka bila paru paru dan deria rasa kau dah ok?

See also
M Daud Kilau: Legenda Lagu Melayu Asli

Dan cuba bayangkan, sehari aku spend RM17.40 for a pack of Dunhill. We do a lil calculation, RM17.40 x 30 = RM522 sebulan. Setahun aku dah berbelanja RM6,264. Thats a lot. Aku boleh beli macam macam kot. Dah berapa banyak duit yang aku dah bazirkan sepanjang aku merokok ni?

Jadi sekarang, method apa yang aku nak guna untuk berhenti. Ya aku tak perlukan tembakau, tar etc, tapi aku masih perlukan sesuatu untuk merawat ketagihan nikotin. Aku perlukan rujukan dan siapa lagi yang layak untuk aku dapatkan nasihat? Dan aku teringat yang adik ipar aku ada sorang yang dah tak merokok tapi went to rokok elektronik. Pergi to meet him dan tanya dia, what should i get? Where do i start?

After diracun, i go online and bought pod system iaitu Smoktech Alike dan flavour dari Monkey Junkies iaitu Bubblegum Queen Grape salt. Total damage dalam RM100. Aku tak dibayar untuk promot benda ni tapi ni benda yang aku actually use untuk berhenti. Adakah benda ni sama dengan vape yang sebelum ni aku dah cuba? I dont know. Tapi aku rasa maybe flavour sebelum ni tak dapat merawat ketagihan nikotin. Kali ni memang aku dah tak perlukan rokok. If i got the urge to smoke, then i take a puff and its done and alhamdulliah dah 30 hari aku tak merokok

Oh kebetulan pada bulan hujung October lepas, bapa mertua aku warded masuk hospital. Hes 75++ something, a heavy smoker dan ada masalah paru paru. Want to see macamana keadaan masa tu? Dia dibius, tak sedarkan diri selama 3 hari dan masuk benda apa tah ke paru paru untuk membantu di bernafas. Sangat menakutkan dan aku tak mau jadi macam tu masa aku tua nanti. Alhamdullilah hes recover dan doktor nasihatkan to never again merokok.

Jadi bagi yang masih lagi merokok? What are you waiting for?

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat